features

ORANGEBEAM Mendalami Erti Ramadhan

3 June 2019

ORANGEBEAM Berhad

PUTRAJAYA, 3 Jun 2019 – Meskipun bulan Ramadhan sudah kian menghampiri penghujung, namun ia tidak menghalang syarikat pembinaan dan pembangunan, ORANGEBEAM untuk menganjurkan program kemasyarakatan di Surah Ar-Rahman, Presint 16, Putrajaya.

Menurut Ketua Pembangunan dan Pemasaran ORANGEBEAM, Nazri Tumin, aktiviti memasak, membungkus dan mengagihkan 700 bekas bubur lambuk kepada kakitangan, masyarakat setempat dan pembeli rumah ORANGEBEAM bermula seawal jam 8 pagi.

“Kami berasa gembira dan meluahkan rasa syukur kepada semua yang mengambil bahagian dalam program ini, sekaligus menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna. Syarikat kami memainkan peranan penting dalam membantu membangunkan Putrajaya, termasuk menambahkan usaha untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat. Melalui program kemasyarakatan seperti ini, kami juga dapat mengeratkan perhubungan dengan masyarakat dan komuniti di sekitar Presint 16 yang mana sebahagian besarnya merupakan pembeli-pembeli rumah yang dibangunkan oleh ORANGEBEAM,” kata Nazri.

 

ORANGEBEAM juga mengagihkan 200 bungkus bubur lambuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Putrajaya, termasuk Perbadanan Putrajaya, TNB Putrajaya, SYABAS dan juga Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya.

“Syarikat-syarikat dan agensi-agensi ini merupakan pihak yang memainkan peranan penting dalam membangunkan Putrajaya di samping membantu memastikan kebajikan komuniti setempat sennantiasa terjaga  – pengagihan bubur lambuk adalah simbolik dan sebagai tanda terima kasih kami untuk segala usaha mereka di sini. Kami berharap dapat menjalankan kerjasama dengan lebih erat dengan mereka dalam meneruskan agenda pembangunan dan pertumbuhan di Putrajaya,” tambah Nazri.

 

Share

  LATEST PRESS RELEASE

4 March 2021

ORANGEBEAM secures new contract from ...

   Read Article

4 January 2021

ORANGEBEAM Construction Secures RM229...

   Read Article

17 October 2019

Orangebeam wins RM177.4 mln contract ...

   Read Article

18 October 2019

ORANGEBEAM Wins RM177.4m Contract for...

   Read Article

4 October 2019

BBCC to Develop First Canopy by Hilto...

   Read Article

17 October 2019

Orangebeam wins RM177.4m contract fro...

   Read Article

10 July 2019

Orangebeam Lands RM204.8m Job to Deve...

   Read Article

11 July 2019

Sultan of Kedah Visits Hospital Penda...

   Read Article

10 July 2019

ORANGEBEAM Secures RM204m Trinity Pen...

   Read Article

9 July 2019

ORANGEBEAM Awarded Mont Kiara’s Iconi...

   Read Article

3 June 2019

ORANGEBEAM Mendalami Erti Ramadhan

   Read Article

7 March 2019

ORANGEBEAM Bags RM270 million develop...

   Read Article

7 March 2019

ORANGEBEAM wins RM270m contract from ...

   Read Article

26 February 2019

ORANGEBEAM launched Hening Showhouse ...

   Read Article

16 February 2019

ORANGEBEAM Launched Hening Showhouse ...

   Read Article