Majlis Penyerahan Hospital Pendang
Date
12/01/2023
Time
9:00 am-12:00 pm
Venue
Hospital Pendang, Kedah Darul Aman
Directions
Attendee
DYAM Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin, Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa
Descriptions
Pada 12 Januari yang lalu, MAJLIS PENYERAHAN HOSPITAL PENDANG, Kedah Darul Aman, telah diadakan dan dihadiri oleh DYAM Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin, Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa dan setiausaha-setiausaha kanan dari agensi kerajaan yang terlibat.
Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melantik Seri Libana PPC JV Sdn Bhd, sebuah syarikat usahasama di antara Seri Libana dan ORANGEBEAM untuk pembinaan projek Hospital Pendang yang dilaksanakan secara reka dan bina dengan nilai kontrak RM255.27 juta.
Memetik ucapan Dr Zaliha binti Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia, “Ucapan penghargaan juga saya sampaikan kepada pihak JKR selaku agensi kerajaan dan juga jabatan-jabatan kerajaan lain serta Seri Libana PPC JV Sdn. Bhd. dan ORANGEBEAM Group selaku kontraktor utama yang telah melaksanakan projek ini dengan sempurna. Saya berharap agar kerjasama yang baik ini dapat diteruskan bersama pihak pengurusan Hospital Pendang hingga tamat Tempoh Tanggungan Kecacatan (LDP) pada bulan Oktober 2024” -YB Dr Zaliha binti Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia.
Hospital Pendang yang secara rasmi akan mula beroperasi pada 15 Februari 2023, dikategorikan sebagai Hospital Pakar Minor telah dilengkapi dengan 126 katil pesakit dan empat dewan bedah.
Hospital ini juga menyediakan 10 bidang kepakaran seperti kecemasan, perubatan am, pembedahan am, orthopedik, anestesiologi, radiologi, obstetrik dan ginekologi, paediatrik, patologi serta psikiatri.
Hospital yang berkeluasan 17 hektar ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 120,000 penduduk di daerah berkenaan.